Sokongan Pelajar

Sokongan Pelajar: Panduan Mula Pantas

Sekiranya anda menerima e-mel bahawa organisasi anda telah mendaftarkan anda dalam Latihan Kesedaran Keselamatan, anda boleh bermula dengan mengikuti langkah-langkah yang disenaraikan dalam artikel ini. Anda juga boleh bergerak ke sesuatu langkah khusus dengan mengklik salah satu pautan di bawah. Sebagai alternatif, anda boleh menonton video ini.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan untuk mencapai latihan anda, sila lihat artikel Cara Menghubungi Sokongan kami.

Langkah 1: Aktifkan Akaun KnowBe4 Anda

Pemberitahuan e-mel yang anda terima mengandungi pautan untuk memulakan latihan anda. Klik pada pautan tersebut untuk mengaktifkan Akaun KnowBe4 Anda.

Pada kali pertama anda mengklik pautan ini, anda akan diarahkan ke halaman Cara untuk Bermula. Masukkan e-mel anda dan klik Seterusnya.

Seterusnya, anda akan menerima e-mel yang meminta anda untuk mengesahkan alamat e-mel anda.

Buka e-mel pengesahan dan klik pada pautan Aktifkan akaun saya yang disertakan untuk menyelesaikan pengaktifan akaun anda.

Langkah 2: Sediakan Akaun KnowBe4 Anda

Setelah akaun anda diaktifkan, anda akan dibawa ke halaman penyediaan akaun. Pada halaman ini, anda dikehendaki untuk memberikan nama pertama dan nama keluarga anda serta menetapkan kata laluan yang kuat untuk akaun anda. Pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul dan kemudian klik pada Simpan & Teruskan.

Langkah 3: Ketahui Tentang Pengalaman Pelajar

Setelah akaun anda selesai disediakan, anda akan diarahkan ke halaman alu-aluan. Klik pada butang Tunjukkan Saya untuk mengikuti lawatan sepintas lalu Pengalaman Pelajar. Untuk keterangan yang lebih terperinci tentang setiap bahagian, lihat artikel Melayari Pengalaman Pelajar kami.

Nota:Jika anda ingin mengikuti lawatan tetapi tetingkap timbul tidak dibuka, anda boleh lancarkan lawatan daripada tab Latihan. Semasa berada di tab Latihan, klik nama atau alamat e-mel anda di sudut atas kanan halaman dan kemudian pilih Lancarkan Lawatan.

Sekiranya anda ingin mengikuti lawatan dalam bahasa lain, klik menu juntai bawah bahasa pada bahagian bawah tetingkap dan pilih bahasa pilihan anda.

Sekiranya anda perlu menukar bahasa pilihan anda selepas lawatan, klik pada nama anda di sudut kanan atas. Kemudian, klik bahasa pada bahagian hujung menu juntai bawah. Pilih bahasa daripada tetingkap yang terbuka dan klik Simpan. Bahasa pilihan anda akan digunakan untuk setiap tugasan latihan berkenaan yang belum anda mulakan.

Langkah 4: Mulakan Latihan Anda

Anda akan melihat kad untuk setiap tugasan anda pada tab Latihan dalam Pengalaman Pelajar. Untuk pengalaman yang terbaik, semak petua di bawah sebelum memulakan latihan anda. 

  • Lumpuhkan penyekat tetingkap timbul anda. Tugasan latihan anda akan dibuka di tetingkap baharu. Sekiranya anda mendayakan penyekat tetingkap timbul, anda tidak akan dapat membuka tugasan.
    • Untuk keselamatan anda, kami mengesyorkan agar anda mendayakan penyekat tetingkap timbul anda semula setelah anda melengkapkan latihan. 
  • Periksa bahasa yang dipilih sebelum anda bermula. Tajuk tugasan akan dipaparkan dalam bahasa yang dipilih. Anda boleh mengubah bahasa ini menggunakan menu juntai bawah di sebelah butang Mula.
    • Sekiranya anda sudah menetapkan bahasa pilihan anda dan tugasan ini menunjukkan bahasa yang berbeza, ini berkemungkinan disebabkan salah satu daripada dua perkara yang berikut: Sama ada tugasan ini telah dimulakan sebelum anda memilih bahasa pilihan anda atau, tugasan ini tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda.
  • Pastikan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan latihan. Pada bahagian atas kad, anda dapat melihat tempoh masa sesuatu tugasan akan disiapkan dan baki masa sebelum tarikh tamat.
    • Sekiranya anda perlu berehat daripada latihan anda tetapi belum menyelesaikan tugasan, tutup tetingkap penyemak imbas untuk menyimpan kemajuan anda. Anda boleh kembali semula ke latihan ini nanti dengan mengklik butang Teruskan pada kad tugasan.

Apabila anda sudah bersedia untuk memulakan tugasan latihan, klik Mula. Ikuti arahan sepanjang latihan. Perlu diingatkan bahawa tugasan yang berbeza mungkin mempunyai langkah yang berbeza.

Setelah anda menyelesaikan tugasan latihan, tutup tetingkap penyemak imbas untuk menandakan bahawa anda telah menyelesaikan tugasan. Tugasan yang baru selesai disenaraikan di bahagian bawah tab Latihan anda. Daripada kad tugasan yang telah lengkap, anda boleh memuat turun sijil penyelesaian, melihat tarikh anda menyelesaikan latihan tersebut dan menyemak tugasan latihan.

Tidak menemui apa yang anda cari?

Hubungi Sokongan