Apabila anda melengkapkan latihan atau melaporkan e-mel pemancingan data (phishing), anda boleh mendapatkan lencana. Setiap lencana adalah berdasarkan pencapaian tertentu, seperti melengkapkan pelbagai tugasan latihan dalam masa 24 jam atau melaporkan 100 e-mel pemancingan data (phishing) bersimulasi. Pada tab Lencana Pengalaman Pelajar (LX), anda boleh melihat semua lencana yang telah anda dapatkan dan juga sebarang lencana yang tersedia.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang lencana, lihat jadual di bawah:
Lencana | Cara Mendapatkan Lencana |
---|---|
Wira Siber![]() |
Siapkan tugasan latihan pertama anda. |
Berjaga Malam![]() |
Buat tugasan latihan pada waktu malam, antara 8 malam dan 2 pagi.
Nota: LX menggunakan zon waktu yang ditetapkan dalam pelayar anda untuk menentukan masa anda mengerjakan tugasan latihan.
|
Bermula Awal![]() |
Buat tugasan latihan pada awal pagi, antara 2 pagi dan 8 pagi.
Nota: LX menggunakan zon waktu yang ditetapkan dalam pelayar anda untuk menentukan masa anda mengerjakan tugasan latihan.
|
Perintis![]() |
Jadilah seorang daripada 10 pengguna pertama yang memulakan tugasan latihan daripada kempen latihan tertentu.
Mustahak: Anda tidak boleh mendapatkan lencana ini dengan menyiapkan latihan pilihan.
|
Sepantas Kilat![]() |
Jadilah pengguna pertama yang menyiapkan tugasan latihan daripada kempen latihan tertentu.
Mustahak: Anda tidak boleh mendapatkan lencana ini dengan menyiapkan latihan pilihan.
|
Rekrut Baharu![]() |
Mulakan tugasan latihan pertama anda. |
Graduan![]() |
Muat turun sijil latihan pertama anda. |
Hatrik![]() |
Siapkan tiga tugasan latihan dalam masa 24 jam. |
Semangat Waja![]() |
Siapkan lima modul latihan daripada perpustakaan anda. |
Mata Tajam![]() |
Laporkan sekurang-kurangnya 100 e-mel pemancingan data (phishing) bersimulasi. |
Ahli Bahasa![]() |
Semak pilihan bahasa anda dalam LX. |
Di Mana-mana Sahaja |
Peroleh lencana ini dengan mengelog masuk ke Apl Pelajar KnowBe4 buat kali pertama. |
Ingatan Menyeluruh (Total Recall)![]() |
Peroleh lencana ini dengan melengkapkan Ulang Kaji Pengetahuan. |
Wira Hyperdrive![]() |
Peroleh lencana ini dengan menjadi orang pertama yang melengkapkan kuiz Dasar dan menavigasi dasar pada kelajuan cahaya. |
Pakar Dasar![]() |
Uji kehebatan ilmu dasar anda dengan melengkapkan kuiz Dasar pertama anda untuk membuka kunci lencana ini. |