Organisasi anda mungkin telah memasang Phish Alert Button (PAB) Pasang Tambah Gmail baru-baru ini. Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara alat ini berfungsi dan cara anda boleh menggunakannya agar dapat memastikan organisasi anda selamat daripada e-mel pemancingan data berhasad.
Masa untuk Menggunakan PAB
Anda harus memilih PAB pada bila-bila masa anda mengesyaki bahawa anda telah menerima e-mel pemancingan data atau sebarang e-mel yang mungkin berbahaya. E-mel yang anda laporkan juga mungkin dimajukan kepada orang hubungan yang ditetapkan dalam organisasi anda untuk analisis.
Cara Menggunakan PAB
Anda boleh menggunakan ikon PAB untuk melaporkan sebarang e-mel sebagai e-mel pemancingan data, tetapi anda tidak boleh menggunakan PAB untuk melaporkan berbilang e-mel sekali gus. Anda harus melaporkan setiap kemungkinan e-mel pemancingan data secara berasingan. Walau bagaimanapun, jika anda melaporkan e-mel yang mempunyai beberapa e-mel yang dikaitkan dengannya, semua e-mel yang berkaitan akan dilaporkan juga.
Peti Masuk Gmail
Untuk menggunakan tambahan PAB dalam peti masuk Gmail anda, ikut langkah di bawah:
- Log masuk ke akaun Gmail anda pada pelayar web anda.
- Buka e-mel yang ingin anda laporkan.
- Buka menu tambahan di sebelah kanan peti masuk Google anda dan pilih butang ikonkail pancing untuk membuka tambahan PAB.
- (Pilihan) Anda juga boleh menambahkan komen dan memilih klasifikaasi untuk memberikan maklumat lanjut tentang e-mel tersebut.
- Pilih butang Phish Alert berwarna biru untuk melaporkan e-mel.
- Setelah mesej pengesahan dipaparkan, pilih anak panah ke belakang untuk kembali kepada peti masuk anda. E-mel yang dilaporkan akan dialihkan ke folder Sampah.
Perhatian:Jika anda melihat e-mel dalam mod anak tetingkap pisah, anak panah ke belakang tidak tersedia. Anda boleh menukar tetapan peti masuk Gmail anda untuk memperlihatkan anak panah ke belakang. Anda juga boleh memilih Inbox atau anak panah ke belakang penyemak imbas anda untuk kembali ke peti masuk anda.
Gmail Mudah Alih
Untuk menggunakan alat pasang tambah PAB daripada apl Gmail pada peranti mudah alih anda, ikut arahan di bawah.
- Log masuk ke apl Gmail pada peranti mudah alih anda.
- Buka e-mel yang ingin anda laporkan.
- Tatal ke bahagian bawah skrin dan cari bahagian pasang tambah yang tersedia.
- Daripada bahagian tambahan, pilih ikon cangkuk pancingdan tatal ke bawah skrin untuk mengakses PAB.
- Pilih butang Laporkan berwarna biru untuk melaporkan e-mel tersebut.
- Jika didayakan, anda dapat lihat mesej pengesahan dan e-mel akan dialihkan ke folder Sampah anda.
- Pilih anak panah ke belakang untuk kembali ke peti masuk anda.
Sebab PAB Perlu Digunakan
Langkah melaporkan e-mel dapat memastikan organisasi anda sentiasa selamat. Oleh sebab kemungkinan e-mel pemancingan data yang anda laporkan telah dihantar kepada organisasi anda untuk dianalisis, organisasi anda akan mengetahui tentang jenis serangan pemancingan data yang dapat menjangkau peti masuk pengguna mereka. Setelah semua orang menyedari akan kemungkinan kelemahan tersebut, mereka boleh mempertahankan diri daripada serangan siber dengan lebih berkesan. Anda ialah bahagian penting dalam proses memastikan organisasi anda sentiasa selamat daripada penjenayah siber. Berhenti, lihat, dan fikir!







