Organisasi anda mungkin telah memasang Phish Alert Button (PAB) dalam pelayar Google Chrome anda baru-baru ini. Ketahui cara alat ini berfungsi dan cara anda boleh menggunakannya untuk memastikan organisasi anda sentiasa selamat daripada e-mel pemancingan data yang berhasad.
Bilakah Perlu Saya Gunakan PAB?
Klik PAB jika anda percaya bahawa anda telah menerima e-mel pemancingan data atau sebarang e-mel yang mungkin berbahaya. Sebarang e-mel yang anda laporkan menggunakan PAB akan dipadamkan secara automatik daripada peti masuk anda. E-mel yang anda laporkan juga akan dimajukan kepada orang hubungan yang ditetapkan dalam organisasi anda untuk analisis.
PAB hanya boleh digunakan untuk melaporkan e-mel yang anda percayai berhasad. Jika anda menerima e-mel spam atau pemasaran, anda tidak seharusnya menggunakan PAB untuk melaporkan e-mel ini. Anda boleh memadamkan e-mel jenis ini atau menambah pengirim atau domain e-mel pengirim pada senarai sekat.
Bagaimanakah Saya Menggunakan PAB?
Setelah tambahan PAB dipasang, anda akan digesa dengan mesej untuk membenarkan aplikasi PAB KnowBe4 semasa Google Chrome anda dimulakan semula selepas itu. Klik butang Benarkan pada mesej ini.
Selepas membenarkan aplikasi PAB, PAB akan kelihatan sebagai ikon mata kail berwarna oren dalam Gmail. Anda boleh menggunakan ikon mata kail tersebut untuk melaporkan sebarang e-mel sebagai e-mel pemancingan data, tetapi anda tidak boleh menggunakan PAB untuk melaporkan berbilang e-mel sekali gus. Setiap kemungkinan e-mel pemancingan data harus dilaporkan secara berasingan. Walau bagaimanapun, jika suatu e-mel mempunyai beberapa e-mel yang dikaitkan dengannya, semua e-mel yang berkaitan akan dilaporkan apabila anda melaporkan e-mel pertama.
Terdapat tiga cara berbeza untuk melaporkan e-mel sebagai e-mel pemancingan data:
- Klik ikonmata kail di sebelah atas e-mel.
- Tandai kotak semak di sebelah e-mel dalam peti masuk. Kemudian, klik ikon mata kail pada bar alat peti masuk.
- Klik ikon elipsis menegak di penjuru kanan sebelah atas e-mel. Daripada menu lungsur yang terbuka, klik Phish Alert.
Mengapakah Saya Harus Menggunakan PAB?
Dengan melaporkan e-mel, anda membantu organisasi anda supaya sentiasa selamat. E-mel yang dilaporkan itu dihantar kepada organisasi anda untuk analisis, jadi organisasi anda akan mengetahui jenis serangan pemancingan data yang dapat mencapai peti masuk pekerja. Setelah organisasi anda mengetahui kemungkinan kelemahan, mereka dapat membina pertahanan dengan lebih baik. Anda ialah bahagian penting dalam proses memastikan organisasi anda sentiasa selamat. Berhenti, lihat, dan fikir!