Selepas anda melengkapkan kandungan latihan yang diberikan, anda akan menerima sijil latihan. Jika anda terlupa untuk mencetak atau memuat turun sijil selepas anda melengkapkan latihan, anda masih boleh memuat turun atau mencetak sijil anda selagi kempen masih dibuka. Walau bagaimanapun, jika kempen telah ditutup, anda perlu menghubungi pentadbir anda, yang boleh memberi salinan sijil kepada anda.
Untuk memuat turun atau mencetak sijil latihan anda, ikuti langkah di bawah:
- Log masuk ke akaun KnowBe4 anda.
- Pilih tab Latihan di bahagian atas halaman.
- Daripada senarai latihan anda, cari kandungan latihan yang anda ingin muat turun sijil.
Nota: Untuk sijil Bahasa Arab, tajuk kandungan dan tempoh masa akan dipaparkan dalam bahasa Inggeris.
- Klik Muat Turun Sijil. Sijil akan disetempatkan ke dalam bahasa latihan pilihan anda secara automatik.
Nota:Jika anda dikehendaki membaca dan mengakui dasar URL untuk latihan anda, butang Muat Turun Sijil tidak akan dipaparkan sehingga anda membaca dan mengakui dasar tersebut.
Apabila anda mengklik Muat Turun Sijil, sijil anda akan dibuka dalam tab baharu di pelayar anda. Daripada tab ini, anda boleh melihat, memuat turun atau mencetak sijil anda. Jika anda mengalami sebarang masalah untuk melihat, memuat turun atau mencetak sijil, sila hubungi pentadbir akaun anda untuk mendapatkan bantuan.